BULETIN PPKI SMKBTS
BULAAN APRIL 2014
7 April 2014 - Sesi bergambar untuk kelas-kelas PPKI telah diadakan.
Kelas Gigih Kelas Jujur
Kelas Pintar Kelas Setia
Kelas Maju Kelas Yakin
Kelas Cekal Kelas Bestari Kelas Amanah
12 April 2014 – Satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk ‘Program Buying Seats’ telah disampaikan oleh Pn.Noraini Binti Abdul Ghani, Penolong Kanan Pendidikan Khas setelah menghadiri taklimat tersebut di peringkat negeri WPKL.
16 April 2014 - Latihan Pengungsian Bangunan telah diadakan. Murid-murid didedahkan dengan cara pergerakan keluar dari bangunan sekolah untuk berkumpul di tempat selamat dan pihak bomba juga telah dijemput untuk membuat demontrasi memadamkan tong gas yang menyala dan penggunaan alat pemadam api.
19 April 2014 – Majlis Budi dan Bakti kali ke 15 Tahun 2014 telah diadakan di Dewan Bestari, SMK Bandar Tasik Sekolah. Seramai 25 murid PPKI dan 30 ibu bapa atau penjaga menghadiri majlis bagi meraikan kejayaan anak-anak mereka. Berikut adalah senarai murid yang terlibat :
KEDUDUKAN MURID CEMERLANG MENGIKUT KELAS PPKI 2013
| ||||||||||||||||||||||||||||
23-24 April 2014 – Aktiviti PPKI terbahagi kepada dua kategori mengikut tahap keupayaan murid seperti berikut :
- Murid Tahap Tinggi seramai 25 orang menyertai Program Rekreasi ke A’ Famosa Melaka bersama 9 orang guru.
- Murid Tahap Sederhana dan Rendah seramai 37 orang menyertai Aktiviti Rekreasi Menonton Wayang (Hari Pertama) bersama 5 orang guru pengiring dan 4 orang PPM.
- Murid Tahap Sederhana dan Rendah menjalankan aktiviti membuat kuih karipap sebagai Aktiviti Rekreasi dan Motivasi (Hari Kedua)
28-29 April 2014 – Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 1 Malaysia Kali ke-16 telah diadakan di Stdium Mini Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 11 orang atlet dalam pelbagai acara dengan diiringi oleh tiga orang guru pengiring.
Senarai nama atlet adalah seperti berikut:
- Ahmad Dinie Bin Ahmad Baharuddin 7. Anntsen Shellester
- Nurul Asyiqin Ismahani Binti Anuar 8. Lam Man Chun
- Muhammad Fauzan Bin Mohd Faiz 9. Lam Chi Kin
- Muhammad Aidil Iskandar Bin Shahrani 10. Rani A/P Mariadass
- Muhammad Shahril Hakim Bin Shahran 11. Goh Kah Wah
- Shazrul Nizam Bin Samawi
Penyertaan para atlet ini membuahkan hasil yang agak baik dengan memperolehi 4 pingat gangsa melalui atlet dan acara seperti dibawah:
Nama Atlet
|
Pingat
|
Acara
|
Anntsen Shellester
|
Gangsa
|
Lontar peluru kerusi roda
|
Rani A/P Mariadass
|
Gangsa
|
Lontar peluru perempuan senior
|
Nurul Asyiqin Ismahani Binti Anuar
|
Gangsa
Gangsa
|
400m
800m perempuan senior
|
No comments:
Post a Comment