Baru-baru ini smkbts telah menyertai pertandingan musalla antara sekolah. Pada 16.11 sekolah telah didatangi oleh penilai yang bertauliah untuk menilai musalla an najihin. Terima kasih kepada semua guru-guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana membantu pihak sekolah menjayakan program musalla. Semoga smkbts terus berjaya dari semua segi.